Wednesday, September 9, 2009

MALAM TUJUH LEKO

Bismillahirrahmanirrahim.

Dalam diam tak diam hari ini sudah genap 20 hari kita melaksanakan ibadah puasa. Ini bermaknna tinggal kurang lebih 10 hari sahaja lagi kita berada di bulan ramadhan yang mulia ini.


Kebiasaannya kita akan semakin sibuk untuk membuat persiapan menyambut

hari raya. Menghias rumah,menjahit pakaian dan membuat kuih raya adalah lumrah apabila hampir menjelangnya raya .Kesibukan untuk persiapan hari raya ini seolah2 telah menenggelamkan suasana puasa itu sendiri.Keadaan ini bukanlah sesuatu yang baru, tetapi telah kita warisi sejak datuk nenek kita dahulu lagi.


Tidak dinafikan kesibukkan ini akan menambahkan kemeriahan detik tibanya syawal.Tetapi oleh kerana terlalu asyik dan sibuk itu kita terlupa bahawa kita sedang melalui hari-hari dan malam-malam yang sangat penting dalam bulan ramadhan tersebut, iaitu malam LAILATUL QADAR, malam yang lebih baik dari SERIBU BULAN,


Dalam surah al-Qadr menegaskan bahawa al-Quran telah diturunkan dari Luh Mahfuz atau dari langit yang tertinggi ke langit dunia iaitu Baitul Izzah pada malam Lailatul Qadar. Lailatul Qadar memberi maksud kemuliaan kerana setengah dari erti qadr itu ialah kemuliaan; kedua bermaksud penentuan kerana pada waktu itulah mulai ditentukan langkah yang akan ditempuhi oleh Rasulullah s.a.w didalam memberi pertunjuk kepada umat manusia. Pada malam itu maknusia diberi kemuliaan dikeluarkan dari Zulumat/kegelapan kepada Nur/cahaya petunjuk Allah.

Menurut pendapat dari setengah ulama menyatakan Lailatul Qadar berlaku ketika al-Quran diturunkan. Hendaklah kita hidupkan malam itu dengan mengambil berkat dan memperbanyakkan syukur kepada Allah s.w.t. Berdiri mengerjakan terawih dan qiamullail di bulan Ramadhan adalah bertepatan dengan malam turunnya al-Quran.

Terdapat berbagai cerita mengenai tanda malam Lailatul Qadar iaitu dapat disaksikan kejadian yang ganjil-ganjil seperti air berhenti mengalir, pohon kayu tunduk rukuk ke bumi dan sebagainya. Menurut ulamak semuanya ini adalah perkara yang tidak dapat dipertanggungjawabkan menurut ilmu agama yang sebenarnya.

Terdapat riwayat yang kuat menyatakan bahawa Lailatul Qadar itu terjadi pada malam sepuluh yang akhir dari Ramadhan, ertinya sejak malam ke21. Kerana sejak malam ke21 itu nabi s.a.w lebih memperhebatkan ibadatnya daripada malam-malam yang sebelumnya, sehingga beliau bangunkan kaum keluarganya yang tertidur.

Oleh itu dalam kesibukkan kita untuk persiapan menjelang syawal janganlah pula kita lupakan malam yang tuhan telah janjikan pahala seribu bulan itu. Seribu bulan bersamaan lebih kurang 83 tahun.Mampukah kita beramal selama 83 tahun?-subhanallah…

Wassalam.

Ditulis: abg Pai

No comments:

Post a Comment