Monday, September 7, 2009

Takziah

Ahad 06 sept 09
Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum.
Abg Pai-Saya turut bersimpati atas pemergian sahabat kepada Baoldlend semalam. Kita mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang yang solleh.Kepada keluarga allahyarham kita harapkan dapat menguatkan hati menghadapi ujian Allah ini, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul beban tersebut.Saya sokang kenyataan Boldlend yang mana sekarang ni seolah-olah usia kita berakhirnya 40th,jadi pepatah enggeris tu sudah tidak sesuai, lagipun kita sebagai orang islam harus yakin dengan ketentuanNya. Oleh itu kita harus sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menempuh saat kematian itu yang pasti tiba.Semperna hari dan bulan yang mulia ini marilah kita sama-sama bermuhasabah diri, perbanyakanlah amal dan rebutlah peluang di bulan ini kerana kita tidak pasti apakah kita akan bertemu Ramadhan yang akan datang.Wassalam

1 comment: