Saturday, September 5, 2009

EX NARROWGANG



BAJU KUNING
Bismillahirrahmanirrahim..
Bagi yang tidak mengetahui hujung pangkal pasti akan tertanya-tanya mengapakah Baju Kuning yang tidak berdosa itu di terbalikkan.Pasti ada yang marah dan berasa tidak puas hati kepada si pelakunya.
Tetapi pada sesiapa yang mengetahui perkara sebenar dan yang terbabit dengan masalah dan persoalan yang akan kita bangkitkan ini, pasti mereka akan bersetuju dan menyokong tindakan MENTERBALIKKAN Baju Kuning yang MALANG tersebut.
Untuk pengetahuan, blog Narrowgang ini terbentuk/tertubuh adalah dari cetusa idea kami berkisar dari permasalahah yang timbul berpunca dari Baju Kuning tersebut.Pada mulanya kami ingin menamakan blog ini dengan nama ex-telokbakong tetapi ia kami rasakan agak keterlaluan kerana ianya jauh tersasar dari masalah yang sebenar iaitu Baju Kuning.Telokbakong online adalah penyampai maklumat kami,masakan kami bertindak sampai ketahap itu.
Kami adalah peminat dan penyakong blog Baju Kuning tersebut,kalau tidak masakan kami sanggup mengeluarkan belanja sebanyak RM30 sehelai untuk memesan Baju Kuning tersebut,ada di antara kami yang memesan lebih dari sehelai baju untuk di beri pada anak dan isteri.
Kami telah pun memesan Baju Kuning tersebut beserta wangnya sekali pada bulan may atau june yang lalu,tetapi sehingga blog Narrowgang ini dibuat/ditubuhkan pada 5sept tadi, Baju Kuning yang kami harapkan masih belum dapat.
Menurut seorang mangsa dan saksi yang ingin di kenali dengan panggilan Zie,dia melihat dengan matanya dan bertanya sendiri pada orang yang bertanggung jawab, menurut Zie orang yang bertanggung jawab tersebut menunjukan wang kutipan baju tersebut yang ingin diserahkan kepada pembekal dari KL hanya pada bulan lepas.
Seorang lagi mangsa yang dikenali dengan nama Harun, mendakwa dia berasa amat kecewa kerana Baju Kuning yang dipesannya itu masih tidak kunjung tiba. Belia amat berharap baju tersebut akan dapat sebelum menjelangnya hari raya ini. Menurut belia lagi hari raya ini tidak bermakna jika Baju Kuning tersebut tidak dapat dipakainya.
Ini adalah antara keluhan yang dapat kami terjemahkan di sini.Walaupun kami berasa amat kecewa dengan pihak yang menguruskan pembelian Baju Kuning tersebut, jauh di sudut hati kami masih menaruh harapan agar kami akan mendapat baju itu sebelum menjelang syawal nanti.
Kami berjanji akan memusingkan semula Baju Kuning tersebut ke kedudukan yang betul/asal setelah kami mendapatkan hak kami.Bukanlah wang yang kami inginkan, tetapi Baju Kuning yang kami harapkan. Sekian wassalam...

penulis-abg Pai.

5 comments:

  1. betul tu, dimanakah hak kami sebagai pembeli/pelanggan (coustomer is always right) yang tertindas. . kami harap dengan terdedahnya pekara ini ke pengetahuan awam, ia dapat memendekkan masa menunggu (waiting time) kami. diharap pihak yang terbabit memandang serius masalah kami dan mengambil tindakan dengan segera. pelanggan didahlukan, pencapaian diutamakan, boleh jalan , jalan dulu.

    ReplyDelete
  2. NAk buat baju macam nak buat kereta, bertahun tak siap-siap.
    Kalau aku order Persona pun dah lama dapat.
    Patutla Malaysia tak maju

    ReplyDelete
  3. Baju mana?
    Baju mana?
    Baju mana?

    ReplyDelete
  4. Aku bukannya kaya sangat. Ingatkan beli baju TBO dapatle pakai raya nanti, rasanya pakai baju buruk la tahun ni

    ReplyDelete
  5. ntah leee......di kunyit kunyit aje deme kite ni...

    ReplyDelete